POLITIK
Exco Selangor Jamaliah Jamaluddin sah bergelar isteri
Jamaliah dan Joshua disatukan dalam suasana tertutup pada Ahad. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin sah bergelar isteri dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup pada Ahad.
Ringkasan AI
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bandar Utama itu yang memilih menyatukan cinta bersama jejaka pilihannya, Joshua, dalam suasana tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan beberapa sahabat rapat yang mengenali pasangan ini sejak zaman persekolahan.
Menurut Jamaliah, keputusan mengadakan majlis secara kecil-kecilan dibuat demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak yang mahukan satu majlis yang lebih memfokuskan kepada hikmah dan keberkatan pernikahan itu sendiri.
"Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya dan pasangan telah selamat melangsungkan pernikahan semalam.
"Saya mohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati. Percayalah, ini keputusan yang dibuat dengan teliti dan penuh hormat kepada semua yang menyokong kami selama ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Jelas beliau, majlis itu turut disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan beberapa tokoh politik terkenal termasuk Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang pernah menjadi 'bosnya' dan juga pernah membimbing suaminya ketika menjalani latihan industri.
Jamaliah turut memberi bayangan bahawa ada peluang lain untuk meraikan kegembiraan itu secara lebih terbuka dan meriah bersama sahabat serta kenalan pada masa akan datang.
"Buat masa ini, saya mohon doa semua agar Allah SWT memberkati perkahwinan ini dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.
"Mohon doa semua agar kami dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan baik, berkekalan dan sentiasa diredai-Nya," katanya. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pernikahan secara tertutup: Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, sah bergelar isteri dalam majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan pada Ahad, dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
- Keputusan berdasarkan permintaan keluarga: Majlis tertutup itu diadakan bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, dengan fokus kepada hikmah dan keberkatan pernikahan.
- Harapan dan doa untuk masa depan: Jamaliah memohon doa agar perkahwinannya diberkati dan memberi bayangan tentang peluang meraikan kegembiraan bersama kenalan pada masa akan datang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bandar Utama itu yang memilih menyatukan cinta bersama jejaka pilihannya, Joshua, dalam suasana tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan beberapa sahabat rapat yang mengenali pasangan ini sejak zaman persekolahan.
Menurut Jamaliah, keputusan mengadakan majlis secara kecil-kecilan dibuat demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak yang mahukan satu majlis yang lebih memfokuskan kepada hikmah dan keberkatan pernikahan itu sendiri.
"Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya dan pasangan telah selamat melangsungkan pernikahan semalam.
"Saya mohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati. Percayalah, ini keputusan yang dibuat dengan teliti dan penuh hormat kepada semua yang menyokong kami selama ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Jelas beliau, majlis itu turut disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan beberapa tokoh politik terkenal termasuk Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang pernah menjadi 'bosnya' dan juga pernah membimbing suaminya ketika menjalani latihan industri.
Jamaliah turut memberi bayangan bahawa ada peluang lain untuk meraikan kegembiraan itu secara lebih terbuka dan meriah bersama sahabat serta kenalan pada masa akan datang.
"Buat masa ini, saya mohon doa semua agar Allah SWT memberkati perkahwinan ini dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.
"Mohon doa semua agar kami dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan baik, berkekalan dan sentiasa diredai-Nya," katanya. -- Sinar Harian

#Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor
#jamaliah jamaluddin
#sah bergelar isteri
#Majlis Pernikahan
#berkahwin