KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Tegas beliau, dalam tempoh ini, tumpuan utama seharusnya diberikan terhadap perpaduan dan pembangunan rakyat di negeri itu.
"Kita teruskan kerja kita sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat kerana kita mendapat kepercayaan, semua tahu keadaan kerajaan kita sekarang ini.
"Oleh itu, saya berharap mereka yang masih lagi mempunyai niat yang lain, mesti memberikan fokus kepada kebaikan negeri, perpaduan, dan pembangunan negeri serta rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Kenderaan kepada 21 Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), di Menara Kinabalu pada Jumaat.
Ketika ditanya jika ada perbincangan di antara GRS dan UMNO, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Disoal mengenai status Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dari Barisan Nasional (BN) atau UMNO, Hajiji berkata perkara itu akan diselesaikan kemudian dan meminta semua agar bersabar.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kini adalah tempoh bertenang untuk semua pihak mencari titik persamaan dan memahami perbezaan antara satu sama lain bagi mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Sabah.
Mirlen Axtius
Fri Feb 03 2023

Hajiji (empat dari kanan) pada Majlis Penyampaian Kenderaan kepada 21 Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), di Menara Kinabalu pada Jumaat. -Astro AWANI

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

Sabah lancar Program Oksigen Untuk Rakyat, bantu kurang mampu
Program itu dilaksanakan kerana kerajaan negeri sedar peralatan mesin dan tangki oksigen tidak mampu dimiliki oleh semua pesakit.

Perjelas sebaiknya Malaysia Madani kepada rakyat Sabah - Hajiji
Konsep Malaysia MADANI wajar diperjelas sebaiknya bagi memastikan konsep itu difahami dan memberikan kesan yang terbaik untuk rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.

Dana usahawan Syabas akan diteruskan - Hajiji
Syabas merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Kementerian Belia Dan Sukan kepada usahawan belia serta golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.

Gagasan Rakyat masih pada tahap merangkak - Penganalisis
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menjadi landasan baharu politik bekas ahli dan pemimpin BERSATU Sabah masih lagi di tahap 'merangkak'.

Politik Sabah: Gagasan Rakyat dilancar, GRS kini seratus peratus parti tempatan
Majlis perasmian Gagasan Rakyat disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Hentikan sengketa politik, beri ruang Hajiji majukan Sabah - PM
Tidak sepatutnya politik dijadikan medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di Sabah, tegas Perdana Menteri.

Penjawat awam diseru bantu kerajaan majukan negeri, sejahterakan rakyat Sabah
Anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan diseru untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah dalam usaha memajukan negeri serta mensejahterakan rakyatnya.

Tuduh GRS beli ADUN adalah tidak benar - Hajiji
Hajiji Noor menyifatkan dakwaan pihak tertentu yang menuduh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong beliau telah dibeli atau disogok sebagai tuduhan tidak berasas.

Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.