POLITIK
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Akmal berkata, setakat ini tiada keperluan untuk mewujudkan dasar pemilihan Datuk Bandar kerana terdapat isu yang lebih mendesak perlu diberi perhatian di Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan sebarang cadangan untuk mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur, sebaliknya berpendapat keutamaan Kementerian Wilayah Persekutuan ketika ini seharusnya adalah untuk menyelesaikan isu perumahan mampu milik dan masalah kemiskinan bandar.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, setakat ini tiada keperluan untuk mewujudkan dasar pemilihan Datuk Bandar kerana terdapat isu yang lebih mendesak perlu diberi perhatian di Wilayah Persekutuan.
"Apa yang lebih mendesak hari ini ialah peranan Menteri Wilayah untuk memberi tumpuan kepada isu-isu besar seperti pelaksanaan perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan serta menangani masalah kemiskinan bandar," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin..
Dr Akmal turut menyifatkan cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar sebagai isu sensitif, khususnya melibatkan masyarakat Bumiputera di bandar dan tidak wajar diuar-uarkan pada masa ini.
"Isu-isu ini jauh lebih penting berbanding cadangan pemilihan Datuk Bandar. Tambahan pula, cadangan tersebut merupakan isu sensitif yang telah lama diketahui, khususnya dalam kalangan Bumiputera bandar.
"Oleh itu, saya berpandangan tiada keperluan untuk Menteri Wilayah mengadakan pilihan raya Datuk Bandar, sebagaimana cadangan sebelum ini untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditolak keras oleh UMNO.
"Kali ini juga pendirian kami tetap sama. Keutamaan hari ini ialah menyelesaikan masalah kemiskinan bandar dan memastikan akses kepada perumahan mampu milik agar golongan Bumiputera di bandar tidak terus terpinggir dan hanya mampu memerhati. Itulah tanggungjawab utama seorang Menteri Wilayah, bukan soal pemilihan Datuk Bandar," katanya lagi.
Dr Akmal menambah, soal pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur juga berada di bawah perkenan Yang di Pertuan Agong, dan beliau percaya dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam memilih individu yang layak memimpin ibu negara.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilapor memaklumkan, satu kajian sedang dijalankan sejak Disember lalu oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi proses pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu kota, termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.