Garis Masa 2018: 'Saya akan jadikan Malaysia 'great again' - Mat Sabu

Astro Awani
Disember 21, 2018 08:26 MYT
Lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu keletahnya yang cukup lantang mengkritik Kerajaan terdahulu kini dilihat daripada sisi berbeza. - Gambar fail
Perubahan dalam lanskap politik dan pentadbiran di Malaysia menyaksikan beberapa muka pemimpin yang dahulunya sangat terkenal di Blok Pembangkang menjawat portfolio penting dalam Kerajaan Malaysia Baharu.
Antara figura tersebut adalah Menteri Pertahanan merangkap Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, keletahnya yang cukup lantang mengkritik Kerajaan terdahulu kini dilihat daripada sisi berbeza.
Menariknya, antara dialog Mat Sabu yang paling diingati ialah apabila beliau berkata, 'I will make Malaysia great again' dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
#Garis Masa 2018 #kabinet #kerajaan #Mat Sabu #Menteri Pertahanan #Mohamad Sabu #Parti Amanah Negara #presiden