Garis panduan pemantauan dana politik perlu dipersetujui semua pihak - TPM

Hafiz Marzukhi
Oktober 1, 2016 09:01 MYT
AHMAD ZAHID, Pada waktu sama, kita rasakan mereka harus telus dalam membuat deklarasi mengenai sumber dana mereka. -Bernama
Garis panduan yang jelas dan lengkap diperlukan bagi memastikan ketelusan pemantauan dana politik dalam kalangan parti politik di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata garis panduan itu juga perlu dipersetujui semua parti politik yang terlibat.
"Pada waktu sama, kita rasakan mereka harus telus dalam membuat deklarasi mengenai sumber dana mereka," kata beliau.
Beliau mengulas 32 cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi menyelesaikan isu membabitkan dana politik.
Datuk Seri Ahmad Zahid ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Piai di Pontian pada Sabtu.
#dana politik #garis panduan #JKNMPP #ketelusan pemantauan #Zahid Hamidi