SHAH ALAM : Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya boleh jadi 'giant killer' sekali di Tambun.
Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal tersebut hanya bertujuan untuk memberitahu kepada umum bahawa beliau seorang 'giant' dalam politik tanah air sebaliknya 'giant' sebenar politik tanah air ialah Anwar.
Razeef mendakwa Ahmad Faizal hanya 'pelawak' dan kedudukan beliau sebelum ini dalam pentadbiran hanya disebabkan ihsan rakan sekutu.
"Saya mengambil contoh kedudukan beliau selaku Menteri Besar Perak adalah atas ihsan rakan sekutu walaupun parti beliau hanya memenangi satu kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bersama Pakatan Harapan (PH).
"Selepas mengkhianati PH, beliau akhirnya diguling oleh sekutu baharu beliau pada masa itu iaitu UMNO.
"Beliau kemudiannya diberi lantikan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri atas ihsan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum kehilangan jawatan berkenaan dan hanya sempat 'review' Mi Kari Putrajaya," dakwanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, sebuah portal media tempatan melaporkan Ahmad Faizal menyatakan Anwar tidak akan bertanding di Tambun kerana Pengerusi PH itu akan kalah dan hanya boleh jadi 'giant killer' sekali.
Mengulas lanjut, Razeef turut mempersoalkan kredibiliti Ahmad Faizal yang mendakwa sebagai 'giant' dalam Bersatu.
"Jika inilah level 'Giant' dalam Bersatu, saya tidak hairan mengapa hari ini Pas mula memijak Bersatu yang dilihat liabiliti kepada Pas dalam mendepani Pilihan Raya Negeri akan datang," dakwanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 28 2023

Pada Sabtu, sebuah portal media tempatan melaporkan Ahmad Faizal menyatakan Anwar tidak akan bertanding di Tambun kerana Pengerusi PH itu akan kalah dan hanya boleh jadi 'giant killer' sekali. - Gambar fail

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.

Masalah tangani media sosial tidak harus jadi alasan bendung hak media - Kumpulan wartawan & pemimpin media
Kumpulan wartawan dan pemimpin media memandang serius tindakan SKMM sejak kebelakangan ini yang memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita.

Hapus kerenah birokrasi, permudah urusan jalankan perniagaan - PM Anwar
Pihak berkuasa perlu menghapuskan kerenah birokrasi dan menambah baik urusan untuk menjalankan perniagaan, kata Perdana Menteri.

Lawatan ke AS berjaya buahkan hasil, kata PM Anwar
Menurut beliau, lawatan itu memberi memberi peluang untuk berkongsi dasar dan aspirasi negara terkait hubungan antarabangsa.

Ketegasan tangani Islamofobia, cermin komitmen kerajaan pertahan kesucian Islam - Pakar
Tokoh agama berkongsi pandangan sama dengan Perdana Menteri yang tegas berhubung isu Islamofobia dalam Kenyataan Negara di UNGA Ke-78.

Malaysia sudah bersedia main peranan penting di peringkat PBB - Sufian Jusoh
Kenyataan negara yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Malaysia bersedia untuk memainkan peranan lebih penting.

Sarawak mahu wakil dalam Majlis Tenaga Negara - Abang Johari
Beliau telah menyampaikan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Mesyuarat Kabinet di Kuching pada 16 Sept lepas.

Masyarakat dunia perlu bangkit, bukan hanya lihat kekejaman Israel - ABIM
Masyarakat dunia perlu bangkit bersama menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan bukan hanya melihat hak asasi mereka dicabul rejim zionis Israel.

PM Anwar Islamkan saudara baharu di New York
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang pemuda selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York Amerika Syarikat.

Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Kementerian berkaitan sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,