[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
POLITICS

Goh Leong San kini Adun Bebas - Speaker Melaka

Bernama 28/03/2016 | 04:39 MYT
Adun Duyong, Goh Leong San dari DAP kini merupakan Adun Bebas, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San dari DAP kini merupakan Adun Bebas, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.
"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri hari Isnin.
Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Goh kini diambil alih oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.
Terdapat laporan sebelum ini, berlaku perpecahan dalam kalangan anggota DAP di Melaka yang sebahagian menyokong Goh manakala sebahagian lagi menyokong Lim.
#ADUN Bebas #Adun Duyong #DAP #goh leong san #Khoo Poey Tiong #Othman Muhamad