KUALA LUMPUR : Kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi majoriti besar membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini terbukti melalui sokongan penjawat awam khususnya pengundi dari kem tentera di Sarawak memberi petanda yang baik kepada Barisan Nasional untuk Pilihan Raya ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, golongan berkenaan mahukan kerajaan yang stabil dan telah terbukti berjaya mencipta inovasi serta memajukan negara dalam konteks berkepentingan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
"Kerjasama GPS dalam membentuk kekuatan dengan Kerajaan Persekutuan amat penting dalam kestabilan politik negara.
"GPS telah mewujudkan satu pola sokongan kolektif dalam kalangan masyarakat Sarawak yang penting untuk kemajuan pembangunan negeri dan kerjasama Kerajaan Pusat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, GPS berjaya menguasai 76 daripada 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bumi kenyalang itu yang turut disumbangkan oleh peningkatan undi tentera yang sangat ketara di beberapa DUN.
Antara DUN yang memiliki kem tentera di Sarawak ialah kem Puncak Permai di DUN Tasik Biru, kem Semenggo dan kem Ria di DUN Kota Sentosa, kem Muara Tuang dan kem Penrissen Lama di DUN Stakan dan kem Oya di Sibu.
Noor Nirwandy berkata, manifesto GPS yang positif serta berkepentingan rakyat menjadikan GPS aset kepada mana-mana gabungan politik negara.
Justeru, katanya, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menyelesaikan perbezaan pendapat dalam kalangan kedua parti tersebut agar kestabilan politik negara dapat dicapai.
Nickyson Nyambar
Sun Dec 19 2021

Nirwandy berkata golongan berkenaan mahukan kerajaan yang stabil dan telah terbukti berjaya mencipta inovasi serta memajukan negara.
Nang best! Konsert Nidji Pelangi di Kuching 2025 memukau
Penduduk diingatkan tidak panik terima notis ambil alih tanah
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, bagi pakej 33, 34 dan 35 yang melibatkan 80.2 kilometer di Telupid, projek tersebut kini memasuki fasa kritikal, melibatkan kerja-kerja awal dan pembersihan tapak.
Analisis klip video skandal rasuah ADUN Sabah dijangka siap dalam seminggu
Klip video yang berkaitan skandal rasuah melibatkan beberapa ahli ADUN Sabah tentang isu perlesenan lombong mineral akan siap dalam tempoh seminggu lagi.
AirBorneo bakal lebar sayap ke semua ibu kota ASEAN
Dengan rancangan penerbangan ke setiap ibu kota negara ASEAN, AirBorneo baka; menjadikan perjalanan dan permiagaan dalam kalangan negara naggota menjadi lebih mudah dan pantas.
Hajiji gesa agensi pellaksana pantau perkembangan projek
V
KDNK sabah meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas - Hajiji
Sabah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang positif dengan KDNK meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pencapaian ini hasil kerjasama pelbagai pihak.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pencapaian ini hasil kerjasama pelbagai pihak.
Keluarga mangsa kes tembak tuntut keadilan
V
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia ke arah bandar mampan berteknologi pintar
Norliza Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia

KPM kenal pasti penempatan sementara pelajar terjejas kebakaran asrama - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di ibu negara, semalam.

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
Dalam pertemuan tersebut, Nasr memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.