awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS sedia hadapi PRU15 pada bila-bila masa

Bernama
Bernama
23/07/2022
11:41 MYT
GPS sedia hadapi PRU15 pada bila-bila masa
Abdul Karim berkata keyakinan itu susulan keputusan memberangsangkan gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akhir tahun lepas. - Gambar fail
SIBU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keyakinan itu susulan keputusan memberangsangkan gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akhir tahun lepas.
"Jentera pilihan raya kita (GPS) memang sudah sedia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak juga sedia kerana baharu sahaja melalui proses PRN tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Mysed Extreme Game Challenge di sini, hari ini.
"Bagi GPS persoalan sama ada PRU15 diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan kita tidak ada masalah. Bukan nak mendabik dada kerana menang besar pada PRN lepas tetapi kita boleh rasa lagi nadi rakyat dalam satu Sarawak. Perasaan seumpama ini biasanya akan diterjemah melalui undi," tambahnya.
PBB bersama-sama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) merupakan anggota yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang kini memiliki 18 kerusi di peringkat Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Abdul Karim Rahman
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan