POLITIK
GRS tidak pernah aniaya pegawai lantikan Warisan - Hajiji
Hajiji sewaktu hadir pada Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sabah di Grand Ballroom Kudat Golf & Marina Resort, Kudat pada Jumaat. - Foto FB Hajiji Haji Noor
KUALA LUMPUR: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak pernah menganiaya mana-mana pegawai atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi kerajaan negeri yang dilantik oleh Kerajaan yang dipimpin Parti Warisan sebelum ini.
Ringkasan AI
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mendedahkan bahawa sejurus dilantik ke jawatan itu kira-kira lima tahun lalu, beliau telah menemui para pegawai terbabit dan menyatakan agar mereka terus berkhidmat dengan kerajaan.
Katanya, ia berbeza dengan pendekatan yang dibuat kerajaan Warisan ketika berkuasa selama lebih dua tahun sebelum ini yang banyak mencantas, berdendam serta menekan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan.
"Apabila mereka (Warisan) ambil kerajaan, bukan mereka fikir rakyat, tapi mereka cantas, dendam dan tekan orang.
"Saya jadi Ketua Menteri hampir lima tahun, saya tidak pernah aniaya walau satupun yang dilantik oleh Warisan,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sabah di Grand Ballroom Kudat Golf & Marina Resort, Kudat pada Jumaat.
Selain itu jelasnya, semua masalah air yang berlaku di Sabah ketika pentadbiran kerajaan GRS yang sebenarnya berpunca daripada tindakan kerajaan Warisan sebelum ini menamatkan lapan syarikat konsesi air.
"Kenapa kita ada masalah sekarang ini terutama masalah air? Tahukah kamu apabila Warisan ambil alih kerajaan, lapan syarikat konsesi yang menjaga air mereka tamatkan, mereka potong.
"Akibatnya syarikat terbabit bawa perkara itu ke mahkamah dan kerajaan rugi bayar RM315 juta kepada mereka,’’ ujarnya.
Bagaimanapun, katanya kerajaan GRS pimpinannya sekarang tetap mengambil tanggungjawab melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah itu.
"Sekarang kerajaan yang bertanggungjawab, kita laksanakan untuk naik taraf loji air, ada menterinya di sini, kita belanja RM300 juta untuk kita laksanakan dan di Papar RM380 juta naik taraf loji Kogopon dari 40 juta liter sehari (JLS) ke 80 JLS dan akan siap tahun depan.
"Di Tawau dan tempat lain juga kita bagi peruntukan untuk atasi masalah air. Jadi ini rakyat mesti tahu, jangan dengar di media sosial kata GRS gagal, air tiada, jalan berlubang dengan muka Hajiji keluar di sana," tambahnya lagi.
Hajiji berkata, perkara yang sama berlaku terhadap Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang mengalami kelewatan lebih empat tahun selepas syarikat konsultan bagi projek itu dihentikan ketika kerajaan Warisan berkuasa.
Katanya, Warisan tidak melakukan perubahan yang baik sepanjang berkuasa tetapi menyalahkan kerajaan sekarang apabila mereka sudah tidak berkuasa.
Atas sebab itu, Hajiji meminta rakyat Sabah supaya menjadikan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan berlangsung tidak lama lagi sebagai peluang mengekalkan kerajaan GRS-Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya.
"Jangan sia-siakan peluang ini, kalau kerajaan itu tolong rakyat terutama yang miskin, yang di bawah, pelajar dan sebagainya, angkat ekonomi, industri kita, kenapa kita mesti tolak pada pilihan raya nanti.
"Saya harap rakyat kita kali ini bagilah kepercayaan kepada calon GRS yang kita letak di mana saja.
"Insya-Allah kita akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti, percayalah," katanya.
Ringkasan AI
- GRS tidak aniaya pegawai lantikan Warisan, berbeza dengan pendekatan Warisan yang didakwa mencantas dan berdendam.
- Masalah air berpunca daripada tindakan Warisan tamatkan kontrak syarikat konsesi, menyebabkan kerugian RM315 juta.
- Hajiji seru rakyat kekalkan GRS-PH dalam PRN17 demi kesinambungan pembangunan dan kebajikan rakyat.