Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa beliau terlibat dalam pembelian rumah di bawah harga pasaran semasa.
Menurut laporan Malaysiakini, Lim berkata rumah beliau di Jalan Pinhorn itu berusia 30 tahun dan merupakan sebuah lot bunglo yang biasa.
"Ia bukan rumah agam dan tidak dilengkapi dengan kolam renang.
"Saya akan memberi reaksi kepada perkara berkenaan dalam satu sidang media esok (Jumaat)," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata rumah itu dibeli melalui proses sub-jualan dan bukan dari pemaju.
Hari ini, Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Shabudin mendakwa tanah itu dijual secara tender bagi pembinaan hospital swasta dan hotel.
Beliau mendakwa ada sumber yang menyebut Lim telah secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam penjualan tanah itu.
"Lot 305, 306, 313, 314 dijual sedangkan tanah tersebut dicadangkan untuk PPRT...adakah penjualan ini mendapat kebenaran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan... minta menteri jawab," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Namun, perbahasan beliau diganggu Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan.
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bertindak menghentikan kekecohan sesama ahli Parlimen dan meminta Shabudin menggulung perbahasannya.
Astro Awani
Thu Mar 17 2016

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa beliau terlibat dalam pembelian rumah di bawah harga pasaran semasa.

Amaran cuaca buruk | Waspada, hujan lebat & angin kencang
MetMalaysia keluarkan amaran cuaca waspada sehingga hari ini. Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di beberapa negeri.

MotoGP | Hafizh harap tiada perlumbaan di litar sama
Permulaan tahun baru yang kurang menarik apabila dunia dilanda gelombang ketiga COVID-19..menjadikan banyak kemungkinan boleh berlaku.. Namun, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP mengharapkan musim ini tiada lagi perlumbaan di litar sama seperti tahun lalu..

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390 ribu kes.

COVID-19 | Ketidakpatuhan SOP punca peningkatan kes, bukan mutasi baharu - WHO
Dalam perkembangan berkaitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sifatkan mutasi baharu COVID-19 di Britain, Afrika Selatan dan Brazil belum memberikan kesan ketara. Sebaliknya agensi kesihatan dunia itu menyalahkan tingkah laku manusia sebagai penyebab peningkatan kes baru-baru ini.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 93 juta
Rayuan PBB ini dibuat ketika jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 93 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | UK tutup koridor perjalanan bermula Isnin
United Kingdom pula umum tutup semua koridor perjalanan berkuatkuasa Isnin. Ini sebagai langkah melindungi rakyatnya daripapada varian baharu COVID-19 yang belum dikenal pasti.

Sukan Olimpik 2021| Status Sukan Olimpik pada 22 Januari ini
Majlis Olimpik Malaysia akan mendapat gambaran lebih jelas mengenai status penganjuran Sukan Olimpik Tokyo apabila menghadiri taklimat atas talian bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, 22 Januari ini. Ia susulan protes rakyat negara matahari terbit itu untuk menganjurkan temasya julai depan ekoran peningkatan kes positif COVID-19.

AWANI Ringkas: Angka korban gempa Sulawesi meningkat | UK laksana sekatan perjalanan

Anti-minyak sawit | Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap EU
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya iaitu Perancis dan Lithuania. Ini berikutan kempen anti-minyak sawit yang dilancarkan blok itu.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat 42 mangsa
Angka korban akibat gempa bumi di Sulawesi, Indonesia meningkat kepada 42 mangsa setakat awal pagi Sabtu. Manakala lebih 600 mangsa cedera dalam gempa berukuran 6.2 pada skala ritcher yang berlaku pada Jumaat.

Guan Eng nafi dakwaan terlibat dalam pembelian rumah bawah harga pasaran
Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa beliau terlibat dalam pembelian rumah di bawah harga pasaran semasa.