KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.
Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN selama ini, dan juga Pakatan Harapan (PH) sepanjang hampir dua tahun gabungan tersebut memimpin Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
"Bandingkanlah pencapaian dan kejayaan yang dicapai PN selepas genap setahun memimpin sebuah kerajaan dalam suasana wabak (COVID-19) pada hari ini," kata beliau dalam catatannya di Facebook rasminya, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata di pihaknya sendiri beliau mengakui sukar bagi PN membersihkan 'peninggalan' PH yang menurutnya membuat pelbagai kecamuk sewaktu era pemerintahan mereka.
"Bak kata orang-orang tua, hendak membaiki itu lebih susah daripada hendak merosakkan," katanya.
Malangnya, Abdul Hadi berkata masih terdapat pihak yang terpengaruh dengan sembang kosong PH yang kini sedang 'melompat-lompat' ingin mengambil alih semula kerajaan.
Beliau sekali lagi menegaskan perubahan kerajaan PH kepada kerajaan PN dilakukan secara bersih, demokratik dan mengikut proses Perlembagaan Persekutuan dengan langkah paling tepat, "tanpa menebuk atap dan masuk dari pintu belakang".
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Ahli Parlimen Marang itu berkata di pihaknya sendiri beliau mengakui sukar bagi PN membersihkan 'peninggalan' PH. - Gambar fail

Tiada niat jahat di sebalik pengisyiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

UMNO tak tahu jika rundingan kerusi dengan Pas ditangguhkan - Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak tahu jika rundingan kerusi antara parti berkenaan dengan PAS telah ditangguhkan ketika ini.

Pas tolak jajaran baharu - Abdul Hadi Awang
Pas juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya wujud jajaran politik baharu dengan PKR.

Pemuda PN tolak budaya politik dominasi, semai perpecahan
Pemuda Perikatan Nasional (PN) bertegas menolak budaya politik dominasi yang menyemai bibit perpecahan, melahirkan kepimpinan yang rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrat.

Tanggapan Pas ketepikan UMNO tidak benar - Tuan Ibrahim
Tanggapan Pas mengetepikan UMNO dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak benar, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kerjasama politik: Perlu ikhlas dan jujur, bukan retorik lakonan - Wan Saiful
Bukan retorik lakonan seolah-olah ikhlas dan jujur, tetapi sebenarnya hanya mahu membolot kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

Pas ajak kumpulan Islam sertai PN
Pas mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Bersatu, Pas sepakat bersama Perikatan Nasional hadapi PRU15
Pas dan Bersatu tegas menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

PAU2020: Pas komited pertahan penyatuan ummah - Timbalan Presiden
PAS menegaskan akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini.

Pas enggan lagi kerjasama dengan PKR, lebih selesa dengan UMNO dan Bersatu - Abdul Hadi Awang
Pas, kata Abdul Hadi, mempunyai pengalaman yang agak luas dalam menjalinkan kerjasama dengan PKR sebelum ini.

Usah kami pula dihukum, Pas hanya ambil manfaat dari politik lompat parti - Hadi Awang
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Pas hanya mengambil manfaat daripada politik lompat parti yang berlaku.