awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadkan tempoh Ketua Menteri kepada dua penggal antara manifesto GRS - Armizan

Bernama
Bernama
17/07/2025
08:55 MYT
Hadkan tempoh Ketua Menteri kepada dua penggal antara manifesto GRS - Armizan
Cadangan itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada Disember 2023 dan kini dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk mengehadkan tempoh pentadbiran Ketua Menteri kepada dua penggal berturut-turut dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata cadangan itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada Disember 2023 dan kini dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU).
Armizan berkata pelaksanaan cadangan itu memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Negeri yang perlu mendapat kelulusan dua pertiga ahli dewan, justeru GRS perlu kemenangan besar melebihi dua pertiga majoriti pada PRN akan datang bagi memastikan ia dapat direalisasikan.
"Langkah mengehadkan tempoh pentadbiran ini penting bagi menjamin pembaharuan kepimpinan dan mengelakkan penumpuan kuasa secara berpanjangan. GRS percaya ini antara reformasi politik paling progresif di Sabah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata GRS terbukti menjadi pelopor reformasi apabila lebih awal menyuarakan komitmen terhadap had penggal Ketua Menteri menjelang PRN Sabah.
Armizan berkata manifesto GRS itu akan berpaksikan kepada empat teras utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United yang mencerminkan komitmen gabungan itu dalam memperkukuh pembangunan negeri, menjamin kesejahteraan rakyat serta memperkasa tadbir urus yang berintegriti.
Beliau menjelaskan keempat-empat teras itu dipersetujui dalam mesyuarat pertama pasukan khas penyediaan manifesto yang dipengerusikannya, dengan keanggotaan lapan parti komponen GRS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabungan Rakyat Sabah
#Armizan Mohd Ali
#perlembagaan negeri
#Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan