POLITIK
Hajiji bertemu wakil rakyat kerajaan petang ini
Hajiji (foto) akan bertemu wakil rakyat kerajaan negeri di Menara Kinabalu jam 2 petang ini. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di Menara Kinabalu, di sini, pada 2 petang ini.
Ringkasan AI
Perkara berkenaan disahkan Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi jemputan liputan media dikeluarkan hari ini.
"Perjumpaan diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu," menurut jemputan liputan media itu.
Terdahulu, kenderaan yang membawa ketua menteri dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Amas pada 9.20 pagi.
Kenderaan Hajiji kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Kinabalu kira-kira 10.20 pagi.
Petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan, manakala di Menara Kinabalu kumpulan media mula berada di lokasi seawal 9 pagi bagi membuat persiapan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor akan bertemu wakil rakyat kerajaan negeri di Menara Kinabalu jam 2 petang ini.
- Beliau dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pagi tadi untuk pertemuan dengan Tun Musa Aman.
- Spekulasi pembubaran DUN Sabah timbul susulan kehadiran media sejak awal pagi di lokasi berkaitan.