awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji sahkan Sidang DUN Sabah ke-16 berakhir, pembubaran akan diumum tidak lama lagi

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
08/07/2025
11:11 MYT
Hajiji sahkan Sidang DUN Sabah ke-16 berakhir, pembubaran akan diumum tidak lama lagi
Hajiji ditemui media selepas menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memberi bayangan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Pembubaran DUN Sabah dijangka diumumkan dalam masa terdekat, namun tarikh rasmi masih belum didedahkan; Hajiji meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi.
  • Sidang DUN kali ini disahkan sebagai yang terakhir sebelum PRN, dan rundingan pembahagian kerusi serta calon sedang diperhalusi bersama rakan politik GRS dan PH.
  • Kerajaan negeri kekal diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) buat masa ini, sebagai asas gabungan menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Bagaimanapun, beliau masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pembubaran, sebaliknya meminta semua pihak untuk bersabar.
“Itu tidak boleh saya beritahu sekarang. Tunggu bila kita sudah tetapkan nanti, kita akan panggil semua kawan-kawan daripada media.
“Sabar, tidak lama lagi. Janganlah kamu bilang automatik-automatik pula, itu terpulang kepada Ketua Menteri nanti. Saya mimpi dulu, cari tarikh yang paling baik,” katanya berseloroh.
Beliau ditemui media selepas menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Tarikhnya akan diumum tidak lama lagi, sabar - Hajiji
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengesahkan bahawa sidang DUN kali ini merupakan yang terakhir sebelum pembubaran diumumkan secara rasmi.
Mengulas mengenai calon, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan sebelum DUN dibubarkan.
“Itu sedang diperhalusi. Kita sudah mengadakan satu dua pertemuan dengan kawan-kawan yang perlu.
“Jadi kita akan utamakan nanti sebelum kita bubar Dewan Undangan Negeri. Yang jelas sekarang, kerajaan hari ini adalah GRS-PH. Itu asas kita, yang lain kita nanti tengok macam mana,” katanya.
Hajiji dalam masa sama menegaskan kerajaan negeri kekal diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) buat masa ini.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#PRN Sabah
#pembubaran DUN Sabah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan