awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hala tuju kerjasama UMNO-Bersatu dijangka fokus MT malam ini

Bernama
Bernama
06/01/2021
07:15 MYT
Hala tuju kerjasama UMNO-Bersatu dijangka fokus MT malam ini
UMNO dijangka memutuskan pendirian parti itu berhubung kerjasama politik dengan Bersatu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini.
KUALA LUMPUR:Pendirian UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu dijangka fokus utama mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mesyuarat itu yang dijadualkan pada 8.30 malam akan menyusuli mesyuarat Biro Politik UMNO yang bakal berlangsung pada 3 petang dengan kehadiran semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Desas-desus UMNO mahu meninggalkan PN yang diterajui Bersatu semakin hangat diperkatakan selepas Tan Sri Annuar Musa yang disifatkan "mesra Bersatu" digugurkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) semalam.
Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataannya mengesahkan tindak-tanduk Annuar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli parti.
Shahril juga mengesahkan MT akan membincangkan segala kemungkinan termasuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, susulan usul daripada 140 UMNO bahagian.
Mengenai arahan UMNO agar ahli Parlimennya menarik balik sokongan terhadap PN, Shahril berkata: "MT UMNO akan berbincang segala kemungkinan." - BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Kemelut UMNO? Mana hala tuju menjelang PRU15
Topic Berkaitan
#UMNO
#majlis tertinggi
#Bersatu
#Perikatan Nasional
#Barisan Nasional
#Zahid Hamidi
#Annuar Musa
#MT UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan