Hampir 50 peratus muka baharu barisi Pemuda Amanah Perak

Bernama
Februari 17, 2024 09:45 MYT
Khairol Najib (duduk, tengah) mengumumkan barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Perak di Wisma Amanah Perak di sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
IPOH: Hampir 50 peratus muka baharu dilantik bagi membarisi kepimpinan Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bagi sesi 2023-2026, kata Ketua Pemuda Amanah Perak Khairol Najib Hashim.
Mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, beliau berkata barisan kepimpinan baharu itu merangkumi kombinasi muka lama dan baharu, yang diputuskan sebulat suara pada mesyuarat pelantikan jawatankuasa Pemuda Amanah Perak bagi sesi 2023-2026 yang berlangsung hari ini.
"Walaupun tampil dengan ramai muka baharu namun kebanyakan daripada mereka telah pun lama berkhidmat di peringkat kawasan," katanya.
Katanya proses pelantikan jawatankuasa utama itu adalah bagi memenuhi tuntutan perlembagaan parti menurut Fasal 17.2 (b).
Beliau berkata barisan kepimpinan yang dibentuk turut mengambil kira pelbagai faktor dalam meneruskan kecemerlangan kepimpinan dan hala tuju Pemuda Amanah Perak.
Berikut adalah senarai kepimpinan Pemuda Amanah Perak bagi penggal 2023-2026:
Ketua Pemuda: Khairol Najib Hashim
Timbalan Ketua Pemuda: Ahmad Munzirie Ahmad Kabir
Naib Ketua Pemuda Amanah 1: Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin
Naib Ketua Pemuda Amanah 2: Zairol Paizol Zakaria
Naib Ketua Pemuda Amanah 3: Syahrunnaim Salehuddin
Setiausaha: Mohamad Zuhaili Md Zaini
Bendahari: Mohd Shahrir Shazari
-- BERNAMA
#Pemuda AMANAH Perak #Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah #muka baharu #Khairol Najib Hashim