awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah akan temui Mohamaddin dalam masa terdekat

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/06/2022
09:58 MYT
Hamzah akan temui Mohamaddin dalam masa terdekat
Hamzah enggan mengulas lanjut sama ada kepimpinan Bersatu akan memujuk Mohamadin selagi pertemuan beluam diadakan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung hasratnya meninggalkan parti tersebut.
Hamzah memaklumkan sudah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada Mohammaddin berkenaan hasrat meninggalkan Bersatu.
"Ya beliau (Mohamadin) ada menghantar SMS kepada saya pagi tadi. Insya-Allah tidak ada apa-apa akan berlaku. Saya akan berbincang dengan beliau dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP COVID-19 (JKPS) di sini, pada Selasa.
Ditanya sama ada pihak kepemimpinan Bersatu akan memujuk Mohammaddin, Hamzah enggan mengulas lanjut selagi pertemuan belum diadakan.
Awal hari ini, Mohamaddin mengumumkan keluar Bersatu yang disertainya sejak November tahun lalu selepas meninggalkan Parti Warisan sebulan sebelumnya.
Sementara itu, ditanya mengenai pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam, Hamzah enggan mengulas lanjut masalah dihadapi parti itu.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Mohamadin Ketapi
#Bersatu
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan