awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah sedia strategi pertahan kerusi Parlimen Larut

Bernama
Bernama
09/04/2021
20:46 MYT
Hamzah sedia strategi pertahan kerusi Parlimen Larut
Hamzah ketika berucap pada Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri Bersama Anggota RELA di Dewan Semai Bakti Felda Ijok, Selama, Larut, 9 April, 2021. --fotoBERNAMA
LARUT: Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah bersedia dengan strategi sekiranya terpaksa menghadapi UMNO Perak bagi mempertahankan kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata ia merupakan amalan biasa dalam politik untuk setiap parti bertanding meletakkan calon dan mengatur strategi masing-masing bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebagai amalan demokrasi, katanya, beliau tidak kisah jika UMNO mahu meletakkan calon di kerusi Parlimen Larut manakala Perikatan Nasional (PN) akan bekerjasama dengan Pas dan parti gabungannya untuk memilih calon berintegriti untuk diketengahkan pada PRU15 nanti.
Bagaimanapun, Hamzah, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pihaknya sedia mengadakan perbincangan mengenai agihan kerusi dan calon sekiranya UMNO mahu bekerjasama bersama Bersatu dan Pas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad yang sebelum ini berkata pihaknya tidak akan menyerahkan lima kerusi yang dimenanginya pada PRU14 untuk ditandingi parti lain pada kali ini.
Katanya, kesemua kerusi tersebut diperuntukkan kepada UMNO, namun wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti itu selepas PRU14 dan menyertai parti lain.
Lima kerusi berkenaan ialah tiga kawasan Parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta dua kawasan DUN iaitu Tualang Sekah dan Sungai Manik.
Pada PRU14, 2018, Hamzah menang kerusi Parlimen Larut atas tiket Barisan Nasional (BN) selepas mengalahkan calon PAS, Abu Husin Mohamad dengan majoriti undi sebanyak 4,486.
Selepas itu, beliau keluar dari UMNO dan menyertai Bersatu pada 2019.
Pada majlis itu, Hamzah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kemudahan logistik anggota Rela di Larut dan melancarkan buku Pelan Antirasuah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RACP) 2020-2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRU15
#Larut
#Hamzah Zainuddin
#strategi
#kerusi
#DUN
#Parlimen
#Bersatu
#parti politik
#kerjasama
#perbincangan
#Saarani Mohamad
#wakil rakyat
#keluar parti
#agihan
#calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan