Hamzah Zainudin antara 6 ahli Parlimen keluar UMNO

Astro Awani
Disember 14, 2018 08:37 MYT
Hamzah Zainudin antara 6 ahli Parlimen yang meninggalkan parti keramat Melayu berkenaan pada hari ini. - Gambar fail
Enam ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan meninggalkan parti keramat Melayu berkuat kuasa hari ini (14 Disember 2018).
Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa, hari ini.
#Abdul Latiff Ahmad #Annuar Musa #Hamzah Zainudin #Mohamad Fasiah Mohd Fakeh #Parlimen #Rosol Wahid #Shabudin Yahaya #UMNO