POLITIK
Hanya dua calon serah borang sebelum tempoh tamat di Seri Setia
Hanya Halimey dan Dr Halimah menyerahkan borang pencalonan sebelum tempoh penamaan calon PRK DUN Seri Setia tamat hari ini. Astro AWANI
Dua calon pilihan raya kecil (PRK) N32 Seri Setia dari Pakatan Harapan (PH) dan Pas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik MBPJ.
Calon PH, Halimey Abu Bakar memasuki dewan jam 9 pagi, disusuli calon Pas, Dr Halimah Ali.
Halimey menyerahkan borang kira-kira jam 9.15 pagi manakala Dr Halimah menyerahkan borangnya pada jam 9.20 pagi.
Penyokong calon PH ialah Ridzuan Ahmad manakala Pencadang, Mohd Yusop Mohd Amin.
Manakala, Pencadang calon Pas ialah Aasiroh Mat Hadi dan Penyokong, Zulkifli Mohamad.
Tempoh serah borang adalah sejam iaitu bermula jam 9 pagi dan berakhir 10 pagi.
Borang pencalonan diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.
Setakat ini, tiada calon Bebas tampil menyerahkan borang pencalonan.
SPR akan mengumumkan calon rasmi PRK N32 selepas jam 10 pagi.