Harapan janji angkat martabat wartawan

Sinar Harian
Mei 13, 2018 02:08 MYT
SALAHUDDIN: Biar negara Malaysia esok menjadi seperti Korea Selatan, Jepun dan negara Eropah yang maju.
Pakatan Harapan (Harapan) Johor akan mengangkat martabat pengamal media di negara ini sebagai ejen penyaluran maklumat tanah air.
Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Harapan sebelum ini menawarkan kebebasan media yang mutlak sekiranya menang PRU14, sekali gus berpeluang mentadbir negara.
“Biar negara Malaysia esok menjadi seperti Korea Selatan, Jepun dan negara Eropah yang maju.
“Mengkritik kerajaan menjalankan kerja pusat dan urus tadbir. Itu kita mengangkat agenda martabat wartawan dan media,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada PRU14, Harapan meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
Pakatan yang terdiri daripada Bersatu, PKR, DAP dan Amanah meraih 113 kerusi diikuti BN dengan 79 kerusi.
Dalam masa sama, gabungan tersebut juga berjaya menawan Johor yang terkenal dengan jolokan kubu kuat BN.
Sebanyak 39 kerusi Dun di negeri ini berjaya diraih daripada 56 yang dipertandingkan.
#ejen penyaluran maklumat #harapan #Johor #MalaysiaMemilih #Pakatan Harapan #pengamal media #PRU14 #Salahuddin Ayub