Harapan janji mansuh tol Jambatan Pulau Pinang

Sinar Harian
April 13, 2018 02:39 MYT
LIM: Undi Pakatan Harapan, semua tol Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan. - Gambar fail
Pakatan Harapan (Harapan) akan memansuhkan tol jambatan pertama Pulau Pinang jika tawan Putrajaya pada PRU14 nanti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu menerusi status Facebooknya.
Keputusan itu dibuat setelah Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan manifesto tambahan BN untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang.
"Undi BN, hanya tol motosikal Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan.
"Undi Pakatan Harapan, semua tol Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan," katanya.
Terdahulu, Najib ketika hadir pada majlis bersama rakyat di Balik Pulau mengumumkan manifesto tambahan BN untuk Pulau Pinang.
Selain membina 65,000 rumah mampu milik, BN berjanji akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika berjaya tawan semula Pulau Pinang.
#Barisan Nasional #DAP #jambatan #Lim Guan Eng #Manifesto #Najib Razak #Pakatan Harapan #PRU14 #pulau pinang #tol