Harapan Perak hapus tol jika jadi kerajaan

Sinar Harian
April 20, 2018 04:14 MYT
Nga berkata, segala kontrak lebuh raya akan didedahkan selain mencari pendekatan terbaik untuk menghapuskan tol demi meringankan beban rakyat. - Gambar fail
Harapan Perak akan memansuhkan semua tol termasuk Lebuhraya Persisiran Pantai Barat, susur keluar ke Teluk Intan jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRU nanti.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, hasrat itu bakal direalisasikan apabila Harapan berjaya mentadbir Putrajaya.
Menurutnya, segala kontrak lebuh raya akan didedahkan selain mencari pendekatan terbaik untuk menghapuskan tol demi meringankan beban rakyat.
“Saya desak penyandang Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyatakan pendiriannya tentang pemansuhan tol yang memberi manfaat kepada warga Teluk Intan,” katanya.
Beliau yang diumum calon Parlimen Teluk Intan berkata, pembinaan lebuh raya itu memberikan kemudahan rakyat Teluk Intan untuk ke Kuala Lumpur namun kutipan tol pasti akan membebankan.
Sementara itu, katanya kekalahan tipis 238 undi pada PRK Teluk Intan 2014 akan ditebus kembali pada PRU kali ini.
“Usaha ini tidak akan berhasil jika pengundi yang bekerja di luar negeri tidak pulang mengundi,” katanya.
#calon #DAP #kontrak #lebuh raya #mah siew keong #Nga Kor Ming #Pakatan Harapan #Parlimen Teluk Intan #Perak #PRU #PRU14 #Teluk Intan #tol