Hasni Mohammad angkat sumpah MB Johor

Hakim Rahman
Februari 28, 2020 09:57 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.
Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor itu berlangsung di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut disaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi muat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

ADUN Benut, Datuk Ir Hasni Mohmmad dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18. Kepimpinan UMNO negeri dilihat berada disebuah hotel bagi menantikan mengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. @501Awani

— Hakim Rahman (@HakimAWANI) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ADUN #Johor Bahru #Menteri Besar #Sultan Ibrahim #Sultan Johor #Tunku Ismail #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #UMNO