awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Henti berteka-teki hala tuju parti, sokong satu nakhoda'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2021
04:25 MYT
'Henti berteka-teki hala tuju parti, sokong satu nakhoda'
AHMAD FADHLI: Beri kepercayaan kepada satu nakhoda untuk mengemudi kerana beliau boleh nampak di mana ikan jerung, di mana lautan, di mana taufan. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas meminta supaya teka-teki mengenai hala tuju parti dapat dihentikan dan sokongan penuh diberikan kepada seorang 'nakhoda' di dalam parti.
Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda Pas berpendirian jelas menyokong serta memberikan mandat penuh kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menentukan hala tuju parti.
"Sekarang bukan masa untuk berteka-teki mengenai hala tuju parti.
"Kita mempunyai nakhoda yang jelas yang bukan berlayar di lautan tenang, tetapi lautan penuh bergelombang.
"Tidak perlu ramai yang bercakap tentang hala tuju.
"Beri kepercayaan kepada satu nakhoda untuk mengemudi kerana beliau boleh nampak di mana ikan jerung, di mana lautan, di mana taufan.
"Jika semua mahu jadi perunding parti, kita bimbang akan ada perunding yang menjual nama parti untuk kepentingan peribadi," katanya ketika ucapan penggulungan pada Muktamar Pas ke-67 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab usul yang dibawa Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Abdul Razib Abdul Rahim yang meminta kepimpinan Pas menyatakan pendirian jelas mengenai hala tuju Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Sabtu.
Sementara itu, Ahmad Fadhli menyifatkan Pas merupakan sebuah parti paling berintegriti kerana belum berlaku wakil rakyat daripada parti itu yang bertindak lompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya, situasi itu menggambarkan kesemua wakil rakyat daripada parti itu memiliki integriti yang tinggi dan telus terhadap perjuangan parti.
"Kita merupakan parti yang paling berintegriti di bumi Malaysia. Tiada parti selepas PRU14 yang berjaya mempertahankan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada lompat parti.
"Tidak perlu sebut siapa ADUN dan ahli Parlimen yang beberapa kali 'melompat' sehingga menumbangkan sebuah kerajaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Fadhli Shaari
#Pemuda Pas
#hala tuju parti
#seorang nakhoda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan