KUALA LUMPUR: Tiga ahli parti politik hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini untuk membuat laporan polis pada Sabtu.

Mereka ialah Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris, Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali.

Kehadiran mereka kira-kira jam 2.30 petang itu turut diiringi pegawai dan anggota polis.

Difahamkan, laporan polis itu berkenaan kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Sabtu, satu Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Himpunan itu mula berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira jam 12 tengah hari sebelum mula berarak ke pusat beli belah Sogo.

Pada masa yang sama, peserta himpunan turut melilit kain putih yang ditulis '#Selamatkan Malaysia' di kepala serta memakai selendang bercorak 'Jalur Gemilang'. - Sinar Harian