POLITIK
Himpunan Turun Anwar: Bukan satu ancaman, tapi lambang perubahan budaya politik - Adam Adli
Adam Adli berkata tindakan kerajaan yang menghormati hak berhimpun itu bukan satu bentuk kelemahan pentadbiran, sebaliknya mencerminkan kekuatan sebenar demokrasi yang semakin matang di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang pada Sabtu bukan sebagai ancaman, sebaliknya lambang perubahan budaya politik yang dahulunya pernah dibelenggu oleh pemerintahan kuku besi.
Ringkasan AI
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli Abd Halim perbezaan pandangan harus diraikan dan suara yang menyokong mahupun menentang, kedua-duanya penting serta wajar dilindungi.
"Kerajaan telah membuktikan kemampuan untuk memelihara ruang demokrasi. Persoalannya, mampukah pembangkang melakukan perkara yang sama?
"Mahukah pembangkang mendidik penyokongnya menjadi adil dan celik, di samping mendisiplinkan wakil rakyatnya di Parlimen dengan hujah yang lebih baik?
"Hari ini, sama ada yang berhimpun di ibu kota, yang memerhati di ceruk desa, atau yang menentang di ruang maya, kita semua telah mencorak suatu peristiwa penting. Kita sedang membina sebuah negara yang lebih terbuka, matang, dan adil," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Kerajaan MADANI menzahirkan ruang demokrasi yang bukan hanya dilaungkan, tetapi benar-benar dirasai.
Katanya lagi, hak untuk berhimpun dan bersuara kini menjadi satu norma yang dihormati dan dilindungi.
"Di era MADANI, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan.
"Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar. Dalam suasana baharu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan di lapangan.
"Kehadiran mereka tanpa pemedih mata, belantan dan perisai rusuhan adalah cerminan kematangan institusi kita, mengangkat peranan anggota keselamatan sebagai komponen penting dalam ekosistem demokrasi negara," ujar Adam Adli.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam menangani isu kos sara hidup, pembasmian kemiskinan, serta pelaksanaan reformasi dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan.
Ini sekali gus membuktikan komitmen berterusan kepimpinan negara terhadap kesejahteraan rakyat.
Katanya, di pentas dunia, kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan mulai berhasil mengangkat semula imej Malaysia sebagai sebuah kuasa ekonomi yang stabil dan diyakini negara luar.
Perhimpunan 'Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar' yang ditunjangi Pas berlangsung pada Sabtu di beberapa lokasi di ibu negara dengan kemuncak diadakan Dataran Merdeka.
Sebelum ini, Perdana Menteri menerusi Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, beliau menghormati hak berhimpun dan mengarahkan polis memberi kerjasama agar himpunan berjalan dengan aman.
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI membenarkan perhimpunan aman tanpa gangguan atau kekerasan, mencerminkan komitmen terhadap prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, serta kematangan institusi keselamatan negara.
- Perhimpunan dilihat sebagai lambang perubahan budaya politik yang meraikan perbezaan pandangan, bukan ancaman, dengan kerajaan menunjukkan kemampuan memelihara ruang demokrasi secara inklusif.
- Usaha kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup, kemiskinan dan pelaksanaan reformasi ekonomi, pendidikan serta pekerjaan membuktikan komitmen berterusan terhadap kesejahteraan rakyat.