POLITIK
Himpunan Turun Anwar: "Saya tak dijemput" - Anwar
Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak dijemput untuk hadir ke 'Himpunan Turun Anwar' yang berlangsung hari ini.
Ringkasan AI
Komen itu diberi ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan turun ke perhimpunan tersebut.
"Itu, saya tak dijemput," katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2025, pada Sabtu.
Anwar sebelum ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan himpunan itu berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang provokasi.
Arahan itu diberikan sebagai manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam menjunjung prinsip demokrasi dan Perlembagaan, termasuk menjamin hak bersuara bagi semua pihak, termasuk mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan.
Ringkasan AI
- PM Anwar Ibrahim menjelaskan beliau "tidak dijemput" ke Himpunan Turun Anwar yang berlangsung hari ini.
- Kerajaan MADANI telah mengarahkan PDRM untuk memberi kerjasama penuh agar himpunan berjalan aman dan tanpa provokasi.
- Arahan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip demokrasi dan hak bersuara, termasuk untuk pihak yang tidak sehaluan.