awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin, KJ, Hasni duduk semeja

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2023
11:16 MYT
Hishammuddin, KJ, Hasni duduk semeja
Dari kiri, Hasni, Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin. - Foto Hishammuddin Hussein
SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkongsikan gambarnya sedang duduk semeja bersama Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad.
“Apa seterusnya?,” tulis beliau dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Perkara yang sama turut dikongsikan oleh Khairy Jamaluddin di Facebooknya.
Pada Isnin, perkongsian gambar Hishammuddin bersama sahabat baiknya, Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah mencuri perhatian netizen.
 Gambar yang dikongsikan Hishammuddin (kanan) di Facebooknya.
Gambar yang dikongsikan Hishammuddin (kanan) di Facebooknya.
Ahli Parlimen Sembrong itu yang kini menjalani penggantungan daripada parti selama enam tahun mengambil peluang untuk melawat Noh di Tanjong Karang, yang dikatakan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN).
Hishammuddin masih lagi aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat walaupun digantung daripada parti.
Sementara itu, menurut Noh pula, meskipun beliau bukan lagi ahli UMNO manakala Hishammuddin masih bersama parti itu walaupun digantung keahlian, namun perjuangan mereka tetap sama.
Noh menegaskan, perjuangannya dan Hishammuddin yang juga bekas bosnya di Kementerian Pelajaran suatu ketika dulu tetap demi agama dan bangsa. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#rogol anak tiri
#Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan