awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hormati hasrat Adun Kubu Gajah tidak mahu dicalon semula - MB Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/07/2017
06:17 MYT
Hormati hasrat Adun Kubu Gajah tidak mahu dicalon semula - MB Perak
Ahmad Hasbullah (gambar) tidak memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Dr Zambry sebaliknya memilih untuk membuat kenyataan melalui akhbar terlebih dahulu. - Gambar fail
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau menghormati hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias, yang enggan lagi dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Menurut Zambry, mungkin pemimpin Barisan Nasional (BN) abang kepada penceramah popular, Datuk Kazim Elias yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, itu ingin berkhidmat dalam bidang lain dan berhenti menjadi wakil rakyat.
Tambahnya, ia juga mungkin lanjutan daripada pengumuman beliau tidak lama dahulu mengenai terdapat beberapa wakil rakyat yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding, sambil menyifatkan ia sebagai satu proses biasa dalam parti.
“Apa pun, ia bergantung sehingga beliau berjumpa dengan saya,” katanya kepada pemberita selepas program Selamat Pagi Perak Bersama Dr Zambry di RTM Perak di sini pada Isnin.
Beliau mengulas berita mengenai hasrat Ahmad Hasbullah yang dilaporkan tidak mahu dicalonkan semula dalam PRU14.
Zambry berkata, Ahmad Hasbullah tidak memaklumkan kepada beliau secara rasmi perkara itu, sebaliknya memilih untuk membuat kenyataan melalui akhbar terlebih dahulu.
“Secara peribadi, Ahmad Hasbullah tiada masalah dengan saya. Cuma, mungkin beliau memikirkan masa untuk beliau berkhidmat sudah sampai ke penghujungnya.
“Apa pun, bagi pihak kerajaan dan juga parti, kami mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah menyatakan hasrat itu," katanya sambil menolak mengulas lebih lanjut memandangkan beliau belum mendapat maklum balas daripada Adun Kubu Gajah itu sendiri.
Ditanya kemungkinan kenyataan itu akan menguatkan dakwaan kononnya Ahmad Hasbullah akan menyertai parti pembangkang, Zambry menganggap ia mungkin satu spekulasi kerana dia sendiri pernah menyatakan sayangnya terhadap parti.
Diminta mengulas kononnya wakil rakyat Kubu Gajah itu calon popular dan tidak akan ada usaha untuk memujuknya, Zambry berkata, beliau akan melihat daripada semua aspek.
“Mungkin ada yang popular tapi mereka dah tak nak berkhidmat. Kita boleh kata apa? Ada pula yang tidak popular tetapi hendak pula berkhidmat.
"Ada orang merasakan, kalau hendak berhenti, waktu tengah popular. Jadi, macam-macam andaian,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Hasbullah Elias
#calon
#pilihan raya umum
#PRU14
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan