awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas

Sinar Harian
Sinar Harian
15/03/2024
05:32 MYT
Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
MOHD AMAR: Hubungan kami dalam Perikatan Nasional masih seperti biasa kerana yang bermasalah ini adalah individu dan bukan parti. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Hubungan antara Pas dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terjejas walau berdepan kemelut enam ahli Parlimen yang beralih pendirian menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui hubungan kedua-dua parti masih diteruskan seperti biasa dan menegaskan perkara yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.
“Hubungan kami dalam Perikatan Nasional (PN) masih seperti biasa kerana yang bermasalah ini adalah individu dan bukan parti.
“Bersatu tetap kekal bersama kami. Individu-individu ini kena tunggu pilihan raya dan mereka akan dihukum oleh rakyat kerana mengkhianati mandat diberikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar itu ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Mohd Amar mengulas lanjut, tindakan secara individu itu dipercayai berkepentingan peribadi bahkan beralih sokongan tersebut tidak sepatutnya berlaku khususnya di Kelantan yang ditadbir oleh Pas.
“Misalnya Ahli Parlimen Gua Musang, beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri yang mendapat peruntukan di bawah kerajaan negeri.
“Jadi tak berbangkitlah kalau kata kerana nak tolong rakyat, kerana bagi saya hanya sebagai alasan saja untuk untuk keluar daripada parti selain lebih kepada ada kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau turut mengakui kemelut yang terjadi bukan sahaja menjejaskan imej Bersatu Kelantan tetapi juga Perikatan Nasional (PN) sekali gus akan menjejaskan keyakinan pengundi.
“Kita dengar banyak cerita mereka dijanjikan kemudahan-kemudahan tertentu, cuma kita tidak ada bukti yang jelas tetapi berasakan cerita itu betul.
“Sebab itu dulu kita sebut kepada pimpinan Bersatu cari calon yang bagus dan boleh dipercayai, tetapi mungkin masa itu mereka tidak ada calon yang baik,” katanya.
Berkait kerusi jika berlaku pilihan raya kecil (PRK) di kesemua negeri terlibat kerana kekosongan, Mohd Amar menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa parti yang akan membincangkannya.
“Untuk masa akan datang Bersatu kena pastikan calon mereka boleh tahan uji.
“Kami sebagai parti Pas tak ada masalah namun dalam konteks PN itu ada sedikit calar sebab Bersatu ini mewakili PN, tetapi kita rasa calar itu tidaklah terlalu serius,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#sokong perdana menteri
#pilihan raya kecil
#hubungan Pas-Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan