POLITIK
Hubungan PN-Pas kukuh, tiada isu konflik dalaman - Punithan
Menurut Punithan, hubungan antara semua parti komponen dalam gabungan itu kekal stabil, selain semangat setiakawan terus menjadi prinsip utama dalam menentukan hala tuju PN menjelang pilihan raya akan datang. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P. Punithan menegaskan, tiada sebarang konflik antara Perikatan Nasional (PN) dan Pas susulan ketidakhadiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada sesi perbincangan pra-majlis di kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.
Menurut Punithan, hubungan antara semua parti komponen dalam gabungan itu kekal stabil, selain semangat setiakawan terus menjadi prinsip utama dalam menentukan hala tuju PN menjelang pilihan raya akan datang.
“Semua okey, PN stabil dan steady. Pas tiada (dalam mesyuarat) pun tidak menjejaskan apa-apa. Kami akan bincang semula (dengan Pas) selepas ini.
"Tiada pergolakan, semuanya berjalan lancar. Kami tetap bersama untuk menghadapi pilihan raya seterusnya,” katanya ketika ditemui media selepas pertemuan itu.
Mesyuarat yang berlangsung di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara itu turut disertai Presiden Gerakan, Dominic Lau, selain Punithan mewakili MIPP.
Abdul Hadi bagaimanapun disahkan tidak hadir.
Punithan menjelaskan, ketidakhadiran Abdul Hadi bukan sesuatu yang luar biasa dalam dunia politik dan tidak wajar ditafsirkan sebagai tanda pergeseran dalaman.
“Pas tidak beritahu sebab ketidakhadiran, tetapi itu sesuatu yang normal. Mereka tetap ‘our brothers.’
Setiakawan masih tinggi dan kami terus berbincang dengan Pas seperti biasa,” jelasnya.
Tambahnya, PN ketika ini sedang memperhalusi beberapa perkara berkaitan hala tuju baharu gabungan berkenaan dan mahukan semua kepimpinan parti mencapai kata sepakat sebelum dimuktamadkan.
Ditanya mengenai kemungkinan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat, Punithan berkata, ia bergantung kepada persetujuan semua parti komponen.
Sementara itu, Dominic ketika ditemui media sejurus keluar dari kediaman Muhyiddin hanya menjelaskan bahawa “semuanya okey” tanpa mengulas lanjut mengenai intipati perbincangan.