Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri itu berkata buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
"Setakat hari ini saya masih Pengerusi Perhubungan negeri, apapun berlaku saya memegang amanah yang diletakkan pada bahu saya ketika ini.
"Sebagai Pengerusi Perhubungan negeri, Ketua Menteri dan Pengarah Pilihan Raya Umum BN Melaka, tanggungjawab saya ialah memastikan kemenangan BN pada PRU14," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kira-kira 58 ketua cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, tengah malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukannya sama ada untuk bertanding pada kerusi dewan undangan negeri atau parlimen pada PRU14 ini.
Mengulas lanjut, Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata pemimpin pada semua peringkat termasuk akar umbi, diminta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan tertinggi BN.
"Saya juga minta semua supaya berlapang dada dan memberi tumpuan untuk membantu kemenangan calon yang telah dipilih pada PRU14 nanti," katanya.
Beliau berkata selain itu, ketua cawangan juga digesa mengelak terlibat dengan perbuatan sabotaj atau 'cah keting' pada semua peringkat struktur parti kerana ia bukan sahaja merosakkan imej parti, malah dikhuatiri menggugat kemenangan besar untuk BN.
"Saya yakin UMNO punca segala kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang kepada BN serta segalanya perlu ditangani secara bersama dan tuntas," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Manifesto BN Melaka yang akan dibentangkan esok bakal membawa pelbagai impak besar dalam semua aspek dan peringkat masyarakat untuk tempoh lima tahun akan datang.
Idris berkata antaranya ialah kira-kira 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal menanti penduduk negeri dengan jumlah pelaburan melebihi RM30 bilion.
Katanya keluaran dalam negara kasar juga dijangka meningkat antara 10 hingga 25 peratus menerusi pelbagai pembangunan awam dan swasta di negeri itu dalam tempoh tersebut.
"Manifesto ini bertemakan 'Bersama Mencipta Kegemilangan' dan ia mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan serta telah mengambil kira pelbagai perkara yang akan memberi manfaat cukup besar untuk rakyat Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 12 2018
IDRIS: "Saya juga minta semua supaya berlapang dada dan memberi tumpuan untuk membantu kemenangan calon yang telah dipilih pada PRU14 nanti.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.