awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"I'm a gentleman," kata Najib

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
10/12/2015
03:19 MYT
"I'm a gentleman," kata Najib
Ucapan Najib itu disampaikan di hadapan oleh 2,654 perwakilan dari 191 bahagian yang menghadiri perhimpunan. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pendirian beliau yang tidak akan sesekali menyerah kalah dan akan terus memimpin UMNO di sebalik asakan dan tekanan dari dalam partinya.
Malah tegas Najib, beliau akan terus bertahan dan menyelesaikan segala masalah yang melanda negara dan parti.
"Jika sekalipun pada suatu masa kelak, baton kepimpinan ini akan diserahkan kepada orang lain, dalam Bahasa Inggerisnya, I can't just abandon our cause and drop our mission, tanpa dengan terlebih dahulu berikhtiar," kata Najib semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pagi ini.
Kata Najib, tindakan lari daripada masalah dan menyerahkan kuasa ialah tindakan seorang yang bacul.
Beliau turut memanfaatkan pentas ucapan berkenaan untuk menjawab segala kritikan pelbagai pihak terutamanya bekas Presiden UMNO sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua, masing-masing, punyai kelebihan dan kekurangan."
"Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul," kata Najib di perhimpunan yang turut dihadiri oleh Dr Mahathir.
Ucapan Najib itu sedikit sebanyak sebagai menjawab pendirian Dr Mahathir sebelum ini yang konsisten menolak kepimpinan Najib dan lantang mengkritik terutama dua isu besar iaitu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.
Presiden UMNO itu turut mengulangi jaminan bahawa segala hutang 1MDB akan diselesaikan melalui pelan rasionalisasi yang digariskan.
"Dalam ehwal 1MDB, saya ingin maklumkan bahawa, ia sedang ditangani dan dalam proses penyelesaian."
"Misalannya, dengan penjualan syarikat Edra, hutang 1MDB kini telah susut sebanyak 17 bilion. Ini membuktikan pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik. InsyaAllah ini akan disusuli dengan beberapa pengumuman yang lain, yang akan meyakinkan rakyat," ujar Najib.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#PAU 2015
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan