awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal

Israr Khalid
Israr Khalid
27/08/2021
15:31 MYT
Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Ahmad Masrizal berkata, tempoh 100 hari diberikan Perdana Menteri dilihat satu cabaran yang realistik dan baik. - Gambar fail
Kuala Lumpur: Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad, berkata ia susulan imuniti kelompok yang hampir tercapai, sekali gus membolehkan mereka turun padang menyelesaikan krisis rakyat dengan lebih dekat dan cepat.
Katanya, tidak seperti Kabinet pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pergerakan mereka terbatas kerana tahap imunisasi masih rendah, keadaan selepas ini lebih mengizinkan untuk gerak kerja yang lancar.
Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan untuk tidak pamer prestasi baik - Dr. Masrizal
“Untuk berlaku adil kepada Kabinet terdahulu, keadaan kita berada dalam krisis pandemik COVID-19 ini menyebabkan kita terhad segala-galanya. “Tapi dalam konteks ini, saya fikir kita menjangkakan imuniti kelompok akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat, mungkin bulan Oktober ini paling awal atau bulan November. “Maka saya kira tidak ada lagi alasan oleh mana-mana ahli Kabinet, yang memegang kementerian sama ada menteri atau timbalan menteri untuk tidak bersama dengan rakyat dan membantu mereka sebaik mungkin," katanya. Justeru, Masrizal berpendapat cabaran 100 hari yang dilontarkan oleh Perdana Menteri itu adalah realistik dalam memastikan negara dapat segera keluar daripada krisis yang meruncing dan kembali membina landasan menuju kejayaan. Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI bersama hos Nazri Kahar pada Jumaat.
Agenda AWANI: 100 hari buktikan pencapaian
Topic Berkaitan
#Kabinet Malaysia 2021
#Keluarga Malaysia
#Kami Mohon
#Ahmad Masrizal Muhammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan