POLITIK
Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Ahmad Masrizal berkata, tempoh 100 hari diberikan Perdana Menteri dilihat satu cabaran yang realistik dan baik. - Gambar fail
Kuala Lumpur: Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad, berkata ia susulan imuniti kelompok yang hampir tercapai, sekali gus membolehkan mereka turun padang menyelesaikan krisis rakyat dengan lebih dekat dan cepat.
Katanya, tidak seperti Kabinet pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pergerakan mereka terbatas kerana tahap imunisasi masih rendah, keadaan selepas ini lebih mengizinkan untuk gerak kerja yang lancar.