"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM

Nickyson Nyambar
Januari 24, 2021 14:02 MYT
Tok Mat mengesahkan bahawa dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) itu adalah tidak benar sama sekali. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : "Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus COVID-19. Berhati-hatilah."
Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu perkongsian di laman Instagram beliau pada Ahad yang menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat memberitahu bahawa dakwaan itu adalah berita palsu.
Dalam masa yang sama Tok Mat turut memaklumkan perkara berkenaan di laman akaun Twitter rasmi beliau @TokMatHasanN9 hari ini.

Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus Covid-19. Berhati-hati lah - Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan - https://t.co/NNskkhZEor

— Tok Mat Hasan N9 (@TokMatHasanN9) January 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.
#Tok Mat #Datuk Seri Mohamad Hasan #Timbalan Presiden UMNO #Muafakat Nasional MN #UMNO #Pilihan Raya Umum ke-15