awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini bukan penamat - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2016
05:26 MYT
Ini bukan penamat - Anwar
Anwar berkata beliau sudah menjangkakan keputusan berkenaan namun menegaskan beliau tidak bersalah atas pertuduhan itu. - Gambar fail
Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan kehakiman ke atas keputusan kes liwat II bukan penamat segala-galanya, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk membebaskan diri daripada penjara walaupun Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya hari ini.
"Ini bukan penamat segala-galanya. Saya akan berbincang dengan peguam mengenai langkah yang akan diambil melalui proses undang-undang," katanya.
Mengulas keputusan panel lima hakim itu, Anwar berkata beliau sudah menjangkakan keputusan berkenaan namun menegaskan beliau tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Panel lima hakim hari ini menolak permohonan semakan semula yang dibuat bekas timbalan perdana menteri itu ke atas keputusan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan lapan tahun lepas.
Hakim membuat keputusan itu selepas meneliti penghujahan dan melihat permohonan itu tidak mempunyai merit dan tidak sempurna.
BACA: Anwar gagal ketepi keputusan kes liwat II
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#liwat
#Mahkamah Persekutuan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan