KOTA TINGGI: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbuatan tersebut sudah melampaui batas apatah lagi Isham merupakan seorang ahli MKT yang dilihat boleh mengganggu gugat kestabilan parti.
"Mana-mana ahli parti pun terutama UMNO sebagai parti yang besar, kita perlu pastikan tidak berlakunya tindak tanduk seseorang ahli yang gugat parti atau yang bercakap sesuka hati.
"Jadi bila dia 'cross the line', ahli Majlis Kerja Tertinggi berpendapat soal keluarkan pendapat, ada banyak cara dan pendekatan lebih-lebih lagi dia ialah seorang ahli MKT.
"Jadi parti perlulah mengawal tindak tanduk (seperti itu), kalau semua jadi macam dia bermasalahlah nanti. Jadi ini soal urus disiplin ahli dalam parti. Kita mesti tahu berorganisasi," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perancangan Pembangunan Bandar Kota Tinggi antara Majlis Daerah Kota Tinggi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Institut Sultan Iskandar (ISI) di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi di sini pada Sabtu.
Turut hadir Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ahmad Fauzi Ismail.
Mesyuarat MKT pada Jumaat memutuskan untuk memecat Isham berkuat kuasa serta-merta di bawa fasal 10.6 dibaca bersama fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana melanggar etika ahli parti tersebut.
Pada Jumaat, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Isham akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan MKT UMNO pada 6 Disember, bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap parti, yang dilihat bertentangan dengan pendirian UMNO sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi UMNO Johor yang baharu pada Khamis bagi menggantikannya.
Beliau berharap Onn Hafiz dapat mengimbangi tugas dan tanggungjawab selain terus menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Menerusi sokongan itu katanya, kerajaan dapat menterjemahkan segala hasrat dan aspirasi parti supaya perkara-perkara yang diperjuangkan dapat dijadikan asas-asas dan dasar kerajaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023

Mohamed Khaled berkata, perbuatan tersebut sudah melampaui batas apatah lagi Isham merupakan seorang ahli MKT yang dilihat boleh mengganggu gugat kestabilan parti. - Gambar fail

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.
Harvard saman pentadbiran Trump
Universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat (AS), Harvard memfailkan saman ke atas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump kerana membantah ugutan Trump mahu memotong dana berjumlah berbilion dolar diperuntukkan untuk pusat penyelidikan institusi terkemuka tersebut.
Ronen Bar tuduh Netanyahu pecat demi kepentingan peribadi
Bar, yang mengetuai Shin Bet, membuat dakwaan tersebut dalam satu afidavit kepada mahkamah agung Israel pada Isnin.
Jentolak bantu mayat penduduk Gaza musnah dibedil zionis
Sebilangan jentolak yang dilaporkan digunakan untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa penduduk Gaza yang berada di bawah runtuhan bangunan musnah dalam satu serangan udara Israel pada Selasa.

Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permohonan injunksi terhadap Isham Jalil
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini menarik balik permohonan injunksi terhadap Isham Jalil.

AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1MDB membabitkan Najib Razak.

Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.

Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.

AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.

RUU Penggal Tetap bukan untuk rakyat, hanya kepentingan diri ahli politik
Isham berkata, perkara itu dilihat hanya untuk kepentingan diri segelintir ahli politik dalam kerajaan.

Peguam Negara mohon Isham Jalil dipenjara, denda atas dakwaan hina mahkamah berkaitan kes Najib
Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah.

Permohonan dipenjara, denda kerana hina mahkamah: "Saya akan lawan" - Isham Jalil
Isham akan teliti permohonan AG kepadanya agar beliau dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana didakwa menghina mahkamah.

Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.

Isham terima surat status keahlian dalam masa terdekat - Zahid
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.