KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil bersedia menyahut cabaran Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka.
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
“Bukan di dalam mesyuarat majlis tertinggi yang mana majoriti adalah orang Presiden yang dipilih atau dilantik oleh Presiden.
“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan ‘salurannya’, itu berat sebelah dan tidaklah bijak.
"Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka,” katanya menerusi Fcacebook pada Ahad.
Beliau bersedia melepaskan jawatan jika Presiden UMNO itu menang di dalam debat berkenaan.
“Namun jika saya menang, Datuk Seri boleh buat referendum parti atau buat pemilihan Presiden, atau fikirkan apa yang patut dibuat, jika Datuk Seri berani dan anak jantan,” cabarnya.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam wawancara eksklusif sebuah akhbar pada Ahad yang mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak sependapat dengannya termasuk bekas ketua penerangan parti berdebat dengannya ‘kalau mereka anak jantan’.
Isham yang dikenali sebagai penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering menyuarakan pandangan berbeza mengenai hala tuju dan masa depan UMNO terutamanya daripada segi hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya sebenarnya sudah mahu fokus kepada perkara lain dan bukan kepada pertelingkahan saya dengan Presiden, namun pagi ini Presiden masih berbicara dan menyerang saya secara terbuka dalam akhbar.
“Oleh itu, saya terpaksalah jawab ‘pandangan dan serangan terbuka’ nya ke atas saya ini. Jika tidak, takkan saya sahaja perlu ‘ikut saluran’ untuk menegur, walhal orang Presiden dan Presiden sendiri boleh mengecam dan mengutuk sesama ahli secara terbuka di media walhal saya tidak pernah mengutuknya secara peribadi tetapi hanya membincangkan soal dasar dan hala tuju parti?
“Islam tidak suruh begini. Islam menyuruh kita mempertahankan diri apabila difitnah dan dikecam dengan pembohongan. Orang-orang presiden banyak berbohong untuk memburuk-burukkan saya. Sekejap lagi saya pasti mereka akan diarah mengecam saya lagi. Tidak mengapa, teruskan tugas anda, sekali sekala saya akan jawab jika ada masa,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 08 2023
Isham (kiri) yang dikenali sebagai penyokong setia Najib sering menyuarakan pandangan berbeza mengenai hala tuju dan masa depan UMNO sementara Ahmad Zahid (kanan) mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak sependapat berdebat dengannya.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.