awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isi mandat lebih sukar daripada dapat mandat selepas PRU14 - Perwakilan Selangor

Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
17/11/2018
09:01 MYT
Isi mandat lebih sukar daripada dapat mandat selepas PRU14 - Perwakilan Selangor
Perwakilan Negeri Selangor, Nurainie Haziqah Shafii berkata, rakyat Malaysia kini sudah semakin prihatin dan peka dengan keadaan politik semasa.
Mengisi mandat yang dijanjikan kepada rakyat adalah lebih sukar dari mendapat mandat yang diperolehi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.
Perwakilan Negeri Selangor, Nurainie Haziqah Shafii berkata, rakyat Malaysia kini sudah semakin prihatin dan peka dengan keadaan politik semasa.
Jelasnya, 9 Mei juga mengajar bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh dimomok-momokkan lagi dengan politik sempit perkauman, agama serta politik wang.
"Tepuk dada dan tanya diri kita adakah perubahan itu sudah berlaku? Adakah perubahan yang diinginkan rakyat sudah dalam perancangan? Atau adakah kita hanya syok sendiri, mendedahkan satu persatu kebobrokan Najib Rosmah dan BN tanpa berusaha memenuhi manifesto PRU 14 kita?
"Rakyat bukan buta, bukan pekak. Rakyat itu hakim kita. “Truth is the glue that holds government together” petik Presiden Amerika Syarikat Gerald Ford.
"Berterus terang dengan rakyat dan sentiasa prihatin akan suara rakyat akar umbi," katanya semasa perbahasan ucapan dasar Presiden PKR di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, Manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 jelas mengangkat martabat wanita dari segi sosial, kebajikan, sosioekonomi dan kepimpinan.
Jelasnya, dokumen Agenda Wanita Malaysia yang dibentuk menjadi asas kepada visi Pakatan Harapan untuk golongan wanita di Malaysia.
"PRU-14 akan sentiasa diingati sebagai pilihanraya yang memenangkan Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia dari Parti Keadilan.
"Selangor terus menjuarai isu wanita apabila menjadi negeri di Malaysia yang berjaya memenuhi 30 peratus penglibatan wanita di barisan Exco," jelasnya.
Topic Berkaitan
#mandat
#Nurainie Haziqah
#perwakilan Selangor
#politik semasa
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan