PORT DICKSON: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan agama Islam tidak pernah tergugat di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, mengambil contoh bantuan kepada pusat tahfiz, Perdana Menteri telah mengarahkan beliau membantu maahad tahfiz di seluruh negara.
Menurutnya, menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.
"Itu yang berdaftar. Yang tidak berdaftar, saya minta pihak PBT untuk tingkatkan prosedur operasi standard (SOP), piawaian bagi maahad tahfiz kecil, rumah persendirian untuk memenuhi piawaian.
"Kita berhasrat, Kerajaan Madani berhasrat untuk pada tahun 2035 untuk hasilkan 235,000 huffaz di seluruh negara.
"Dan melalui TVET, insya-Allah kira akan usahakan agar 125,000 huffaz akan menjadi pekerja berkemahiran, profesional, menjadi orang berjaya dalam karier mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson pada Khamis.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berada pada tahap terbaik.
"Saya yakin, kerjasama, keserasian antara PH dan BN di enam negeri, memang saya akui ini merupakan kerjasama yang terbaik.
"Dalam situasi begitulah, cerminan kepada semua orang, iltizam untuk kita memenangkan Negeri Sembilan, untuk kita kekalkan menjadi kerajaan di negeri ini.
"Apa yang penting, rakyat Negeri Sembilan mesti disejahterakan agar negeri ini benar-benar menjadi negeri yang baik," ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Jul 27 2023
Ahmad Zahid berkata, mengambil contoh bantuan kepada pusat tahfiz, Perdana Menteri telah mengarahkan beliau membantu maahad tahfiz di seluruh negara. - Gambar fail
PBB sokong seruan Arab Saudi untuk gencatan senjata di Asia Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan, dan semua kawasan konflik di Asia Barat.
Mengenang Tun Daim: 'Terima kasih atas sokongan, doa untuk Allahyarham' - Isteri
Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid, berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan doa untuk suaminya.
Asyraf Wajdi pertahan ‘terjah’ MRSM
Sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Penganggur 'sumbat' mayat ibu dalam peti sejuk direman 7 hari
Seorang penganggur yang dipercayai bertindak kejam dengan membunuh ibunya yang berusia 80-an sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk di kediamannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini selama tiga tahun, direman tujuh hari bermula Rabu.
Tuntutan kumpulan Sulu tak masuk akal - Azalina
Kempen Komuniti Penyayang 2024 tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Ayam Brand meneruskan inisiatif kempen komuniti penyayang dengan tema ‘#Ayambersamamu Sihat & Cergas’ untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak seluruh Malaysia.
Tahun ini, kempen mereka memberi tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif dengan hasrat melahirkan generasi yang lebih sihat, cergas dan cerdas.
Tahun ini, kempen mereka memberi tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif dengan hasrat melahirkan generasi yang lebih sihat, cergas dan cerdas.
Buat laporan dulu sebelum layak
Individu yang mahu melaporkan sebarang kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Lawatan PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (AS$1.1 billion) untuk negara
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.
UMNO komited kukuhkan parti, jaga kerjasama komponen Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk memperkukuhkan parti dan terus menjaga kerjasama baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.