POLITIK
Ismail Sabri mahu agenda penyatuan Ahmad Zahid dilaksana dengan ikhlas, jujur
Ismail Sabri (empat,ckiri) berharap agar semua pihak yang terlibat perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam menjayakan agenda tersebut. Sumber foto Pejabat DSIS
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambut baik saranan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang kepentingan penyatuan bagi memperkukuhkan parti.
Penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam, kata bekas Perdana Menteri itu.
Namun, Ismail Sabri berharap agar semua pihak yang terlibat perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam menjayakan agenda tersebut.
“Dalam keadaaan hari ini, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam.
“Gagasan Pintu Rumah Bangsa yang dibawa oleh YAB Presiden ini akan membuka ruang penyatuan, merapatkan jurang perbezaan dan menyatukan kembali kekuatan politik Melayu termasuk membawa masuk kembali mereka yang berada ‘di luar’.
“Namun, saya berharap semua pihak benar-benar ikhlas dan jujur untuk melaksanakan agenda besar ini demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.
Sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 awal hari ini, Ahmad Zahid berkata, UMNO bersedia untuk menerima kembali mana-mana individu atau secara en bloc yang sudah tidak lagi bersama parti.
Bagi menyambut kembali kumpulan tersebut, yang beliau sifatkan sebagai saudara-mara atau adik-beradik, UMNO akan menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, tambah beliau.
Menyifatkan UMNO sebagai ‘Rumah Bangsa’, Ahmad Zahid berkata, parti itu adalah rumah asal politik
Melayu yang melahirkan kemerdekaan, membina Perlembagaan, memartabatkan Islam dan mendaulatkan Raja-raja Melayu.
“Namun, rumah ini mesti dijaga. Takkan kita hanya berpeluk tubuh, andai atapnya mula bocor, lantainya mula reput. Rumah ini perlu dibersihkan dari debu keangkuhan, agar kembali menjadi teduhan selesa buat seluruh anak bangsa tanpa mengira pangkat dan darjat. UMNO bukan parti elit, tetapi lahir dari keringat rakyat.
“UMNO adalah rumah buat semua bertaut kembali - saat ada yang hilang arah, saat ada yang semakin rebah ... kembalilah ... kembalilah ... Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan,” tambahnya.
Kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat sebagai satu isyarat yang jelas terhadap seruan Pemuda UMNO yang memohon agar parti menerima kembali mereka yang telah meninggalkan parti itu, termasuk yang dipecat atau digantung.