KOTA KINABALU: UMNO Sabah yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu mengetuai kerajaan Pusat dengan baik sekali menangani isu pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan.
Sambil mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu juga dapat menstabilkan semula politik negara.
"Kita yakin beliau boleh memimpin dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.
"Kita juga yakin pelantikan Ismail Sabri dapat menstabilkan semula politik negara agar tumpuan dapat diberikan kepada usaha yang menjurus kepada kesihatan, pemulihan ekonomi dan pembangunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan pengalaman luas mengetuai beberapa kementerian selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri memperlihatkan kemampuan Ismail Sabri mentadbir negara.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini perlu ditangani dengan segera.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Aug 20 2021

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu juga dapat menstabilkan semula politik negara.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Kes rasuah Bung Moktar dan isteri: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 24 Jun
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menutup kesnya hari ini selepas memanggil 30 saksi.

Zizie Izette mengaku terima wang RM2.8 juta: Saksi
Zizie mendedahkan perkara berkenaan ketika merakam percakapannya bagi membantu siasatan kes rasuah suaminya pada Julai 2016.

Rasuah RM2.8 juta: Keterangan cukup untuk dakwa Bung Moktar, isteri - Pegawai penyiasat
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

PRU15 wajar dilaksana selepas MoU Kerajaan-PH tamat Julai ini - Bung Moktar
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini.

Cadangan Felcra labur RM50 juta tidak dimaklum kepada CEO kerana wujud 'perang dingin' - Saksi
Bekas Pengurus Besar Kumpulan Kewangan (CFO) Mohd Azmy Abu Samah, 54, berkata beliau tidak memaklumkan mengenai cadangan pelaburan itu.

Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut tidak adil kepada rakyat Sabah yang memerlukan pemangkin ekonomi bagi membangunkan kawasan Pantai Timur Sabah agar lebih maju.

Tidur bantal lain, mimpi kami tetap sama - Bung Moktar
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggambarkan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, sebagai 'tidur bantal yang lain, namun mimpi tetap sama'.

Tiada guna kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesaikan masalah rakyat - Bung Moktar
Selaku Menteri Kerja Raya negeri, beliau juga mahu setiap masalah gangguan bekalan air di Sabah dapat diselesaikan dengan kadar segera.

PRU15: UMNO Sabah di landasan tepat - Bung Moktar
Katanya, selepas PRN lalu, UMNO Sabah telah memperkemaskan jentera dan memperkasa penyusunan di peringkat akar umbi.

UMNO perlu terus perkukuh jentera menjelang PRU15 - Bung Moktar
UMNO perlu terus memperkukuhkan jentera pada semua peringkat sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).