awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat angkat sumpah: Menteri mula tiba di Istana Negara

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/12/2022
06:00 MYT
Istiadat angkat sumpah: Menteri mula tiba di Istana Negara
Antara menteri yang dilihat memasuki Pintu Dua Istana Negara ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Kesihatan, Zaleha Mustapa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa menteri dilihat mula memasuki Pintu Dua Istana Negara bermula jam 1.50 tengah hari tadi bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia pada Sabtu.
Istiadat tersebut bakal dilangsungkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah.
Antara menteri yang dilihat memasuki Pintu Dua Istana Negara ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Kesihatan, Zaleha Mustapa.
Selain itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim turut dilihat memasuki pintu tersebut.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Dari Pintu Satu, kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut dilihat memasuki Istana Negara.
Berdasarkan pemerhatian, semua menteri difahamkan sudah memasuki Istana Negara memandangkan tiada lagi anggota polis beratur di luar Pintu Dua, menandakan ketibaan masuk sudah selesai.
Di Pintu Satu, keadaannya juga sama dan petugas media kini hanya menantikan istiadat selesai dan menunggu kepulangan menteri-menteri yang selesai mengangkat sumpah.
Pagi tadi, empat ahli jemaah Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini.
Mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata, Tengku Zafrul merupakan lantikan kali kedua, manakala yang lainnya adalah lantikan kali pertama.
Topic Berkaitan
#Istiadat Angkat Sumpah
#Kabinet Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan