Debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diteruskan jika ia tidak berniat menjatuhkan mana-mana pemimpin negara, ujar Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro.
Jelasnya, Pemuda UMNO sentiasa mengalu-alukan langkah mengadakan debat terutama dalam bentuk forum yang semata-mata menyentuh mengenai pembangunan rakyat dan negara.
"Saya melihat kalau perdebatan itu demi menyelesaikan isu-isu yang boleh memberi kesejahteraan, pembangunan kepada negara, dan isu yang mempunyai asas yang betul, bukan niat untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin atau menjatuhkan mana-mana kerajaan, atau nak memfitnah serta memburukkan mana-mana orang," katanya kepada Astro AWANI selepas Sesi Dialog Santai Bersama Azwan Bro di Publika di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau berpendapat Tun Dr Mahathir perlu bersedia dengan teguran lawannya jika debat itu diadakan nanti.
"Kalau Datuk Seri Nazri tidak mahu cadangan yang dibuat Tun Dr Mahathir, jangan pula beliau (Tun Dr Mahathir) marah dan menjadikannya sebagai satu isu peribadi kerana Tun Dr Mahathir kena terima kalau nak berdebat dan dia nak menegur seseorang, jadi beliau juga kena sedia untuk ditegur," ujar beliau.
Menurut Azwan Bro lagi, debat yang diadakan dengan tujuan peribadi dan fitnah hanya akan membuang masa dan merosakkan minda masyarakat.
"Mereka yang berdebat juga harus menerima hakikat bahawa mereka itu boleh ditegur dan cadangan mereka itu boleh juga dibalas balik. Ia akan relevan kalau ada semangat ini. Jadi, kalau ia (debat) bersifat peribadi, memfitnah dan membalas dendam, lupakan sahaja, tak payah berdebat," katanya.
Beliau berkata, tidak salah untuk melakukan debat jika apa sahaja pendapat yang disampaikan adalah secara beretika dan berilmiah.
"Tidak salah kalau kita nak berdebat kalau ia dilakukan dengan ilmiah dan beretika, jadi Pemuda UMNO menerima debat seumpama ini," tambahnya lagi.
Nazri pada Selasa, mengemukakan tarikh dan lokasi baharu untuk berdebat dengan Dr Mahathir selepas polis tidak memberi permit bagi mengadakan program itu di lokasi asal.
Ia sepatutnya diadakan pada 25 Mac namun ditunda ke 7 April depan. Debat itu dijangka berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam.
Rahimah Abdullah
Sat Mar 25 2017
Nazri pada Selasa, mengemukakan tarikh dan lokasi baharu untuk berdebat dengan Dr Mahathir selepas polis tidak memberi permit bagi mengadakan program itu di lokasi asal. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak
Khairul Azwan bersama pasukannya menggelarkan diri mereka pasukan 'Memperkasa Pasir Salak'.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini.
Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro
Khairul Azwan mendakwa pemuda UMNO memahami apa yang ditulis dan diucap di atas pentas-pentas DAP dalam bahasa Cina.
Tidak dicalonkan, Azwan Bro terus setia kepada parti
Azwan Bro berkata beliau masih boleh memberi khidmat kepada parti biarpun tidak menjadi wakil rakyat.
Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus
Pergerakan Pemuda UMNO percaya siasatan terhadap isu pemilikan tanah melibatkan Felda di Jalan Semarak akan dilaksanakan secara telus serta terperinci oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
ASEAN perlu nyata pendirian terhadap Myanmar - Pemuda UMNO
Negara anggota ASEAN perlu menyatakan pendirian bagi menghentikan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.
Siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sudah ditutup - Gabenor
Muhammad berkata, Bank Negara telah mengambil semua tindakan yang sesuai di bawah bidang kuasanya.
Laporan konspirasi: Polis tidak berat sebelah terhadap Azwan Bro - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.