POLITIK
Isu MB Selangor: UMNO Selangor tunggu reaksi PAS, Sultan ada kuasa elak PRN
UMNO akan menunggu reaksi PAS sebelum memutuskan sama ada akan menyokong Abdul Khalid
UMNO Selangor akan memutuskan sama ada akan memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam undi tidak percaya selepas memerhatikan apakah PAS akan membuat undi berbeza dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, kata ketua pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.
Malay Mail Online melaporkan, pemimpin UMNO itu berkata pihaknya akan memutuskan perkara berkenaan bila tiba masanya kelak.
"Bila tiba masa, kami akan putuskan sama ada memberikan undi kami atau menyokong (Khalid)," katanya kepada Malay Mail online.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri, Shamsudin berkata Barisan Nsional (BN) Selangor telah bersiap sedia untuk berdepan situasi tersebut.
"Kami telah bersedia, kami telah membuat persiapan untuk perkara ini....masalah ini (krisis MB) telah memakan masa yang lama dan memberi kesan kepada negeri," katanya.
Dalam laporan yang sama, Malay Mail Online turut memuatkan pandangan Profesor Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Syahredzan Johan mengenai krisis politik yang melanda Selangor
Syahredzan berkata desakan untuk melakukan undi tidak percaya kepada Abdul Khalid akan memberi risiko kepada Pakatan Rakyat terutama PKR kerana parti itu tidak mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
"Tiada jaminan jika mereka desak diadakan undi tidak percaya, semua dari DAP dan PAS akan menyokong," kata Syahredzan.
Datuk Shad Saleem pula berpendapat Adun BN Selangor akan memberi sokongan kepada Abdul Khalid jika dibuat undi tidak percaya.
"Sokongan kepada Khalid mungkin datang dari pihak yang menentang beliau...BN mungkin akan menyokong beliau pada ketika Pakatan berusaha menyingkirkannya," katanya.
Bagaimanapun, Syahredzan berpendapat, Sultan boleh memainkan peranan untuk mengelak berlakunya Pilihan Raya Negeri dengan menggunakan kuasa yang ada.
"Jika Sultan Selangor berpandangan bahawa alasan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri tidak dapat dielakkan dan jika banginda merasakan Khalid tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun, baginda boleh mengisytiharkan jawatan Menteri Besar secara automatik tidak sah dan memilih pengganti Khalid," kata Syahredzan
Usaha PKR untuk menukar Abdul Khalid tidak mendapat sokongan semua rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, contohnya PAS, yang mana presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin kanan parti itu yang menyatakan sokongan kepada Adun Pelabuhan Klang itu.