POLITIK
Isu pejabat khidmat tutup: 'Zaharudin cuba cetuskan persepsi negatif' - Steven Sim
Steven Sim (kiri) kesal dengan tindakan Zaharudin yang didakwanya cuba mempolitikkan penutupan pusat khidmat dengan mencetuskan persepsi negatif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim kesal dengan tindakan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad yang didakwanya cuba mempolitikkan penutupan pusat khidmat pada Khamis dengan mencetuskan persepsi negatif, sedangkan penutupan sementara itu adalah bagi memberi penghormatan terakhir sempena pengebumian datuknya.
Ringkasan AI
Beliau berkata, pemimpin Pas itu mendakwa hadir ke pusat khidmatnya sebanyak dua kali iaitu pada pukul 3.30 petang dan 5.15 petang, Khamis, namun mendapati pejabat tidak dibuka, seolah-olah mahu menggambarkan pusat tersebut tidak beroperasi.
"Padahal, notis penutupan sudah ditampal lebih awal memaklumkan bahawa pusat khidmat ditutup pada 3 Julai. Malah, kami turut memaparkan empat nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau tidak faham bahasa Melayu atau memang sengaja mahu mencipta persepsi jahat,” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Jumaat.
Steven Sim berkata, beliau tidak berniat menguar-uarkan urusan peribadinya, namun menjelaskan bahawa pada hari tersebut, beliau dan seluruh kakitangan pusat khidmat menghadiri pengebumian datuk kandungnya.
"Ketika keluarga kami sedang bersedih atas kehilangan insan tersayang, beliau pula mengambil kesempatan untuk bermain politik,” katanya lagi.
Pemimpin Pas berkenaan sebelum ini dikatakan hadir ke pejabat beliau untuk menyerahkan surat tuntutan (LOD) dan menuntut permohonan maaf, namun menurut Menteri Sumber Manusia itu sehingga pagi Jumaat, tiada sebarang surat diterima di pejabatnya.
"Saya sedia berjumpa dengannya di mahkamah,” katanya sambil menutup kenyataan itu dengan bait pantun:
Adat berkunjung, harus memaklum,
Adat bertandang, elok dijemput;
Kilat bersabung, hujan pun belum,
Tuan memberi, saya menyahut.
See you in court!"
Sebelum ini, Zaharudin yang juga menantu kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menuntut permohonan maaf daripada Steven Sim kerana menuduhnya menghina perlantikan Datuk Johnny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ringkasan AI
- Steven Sim kesal tindakan Zaharudin hadir ke pusat khidmatnya yang ditutup pada 3 Julai, lalu mencetuskan persepsi negatif, sedangkan penutupan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi penghormatan sempena pengebumian datuknya.
- Zaharudin cuba menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada Sim, menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1.5 juta atas dakwaan fitnah menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan kenyataan kontroversi berkaitan pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng.
- Sim menyatakan kesediaan berdepan di mahkamah, menyifatkan tindakan Zaharudin sebagai cubaan bermain politik ketika beliau dan keluarganya sedang bersedih, dan menegaskan bahawa beliau hanya mempertahankan ATM daripada kenyataan berbaur perkauman.