awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pengampunan Najib: Kasihan Amanah, bukti 'abang besar' adalah DAP - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
03/05/2023
07:45 MYT
Isu pengampunan Najib: Kasihan Amanah, bukti 'abang besar' adalah DAP - Sanusi
Sanusi menzahirkan rasa kasihan terhadap Amanah berhubung isu pengampunan Najib memandangkan parti itu dilihat seperti dibuli sehingga perlu membuat permohonan maaf. - Fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan isu berkaitan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan kecelaruan yang berlaku membabitkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, beliau turut menzahirkan rasa kasihan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung isu ini memandangkan parti itu dilihat seperti dibuli sehingga perlu membuat permohonan maaf.
Namun, perkara sama tidak berlaku terhadap parti DAP meskipun menzahirkan pendirian yang sama sekali gus membuktikan parti berkenaan merupakan 'abang besar' dalam kerjasama antara BN dan PH.
"(Isu membabitkan pengampunan itu sudah) menampakkan celaru (dalam gabungan mereka), PAN (Amanah) minta ampun kepada UMNO (tidak sampai sehari).
"UMNO (sebelum ini melalui MKT) minta ampun bagi pihak Datuk Seri Najib, (tetapi) PAN (Amanah) tidak setuju, UMNO marah (kepada) PAN (Amanah), (dan kemudian) PAN (Amanah) minta maaf kepada UMNO. 
 "(Tetapi) DAP (pun) kata tidak setuju, tetapi UMNO tidak kata apa-apa dekat DAP, nampak (sangat) celaru itu, (kalau libatkan) DAP, tidak (ada mana-mana pihak) berani kata apa-apa, PAN (Amanah) mereka buli seperti itu, saya kasihan kepada PAN (Amanah) kerana tidak sampai sehari (buat kenyataan kena) minta maaf," katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman pada Rabu. 
 Pada Ahad, Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap Najib. 
 Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu terbabit. 
 Sebelum ini, Khalid dilapor mengeluarkan kenyataan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak permohonan pengampunan terhadap Najib. 
 Beliau dalam satu kenyataan lain kemudian berkata, UMNO perlu menghormati pendirian Amanah berhubung isu pengampunan Najib. 
 Semalam, bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming memberi peringatan agar batasan yang ada dalam jalinan kerjasama antara PH dan BN tidak boleh dilanggar kerajaan. 
 Antaranya adalah termasuk pembebasan bekas perdana menteri, Najib Razak sebelum hukuman penjaranya tamat.
Topic Berkaitan
#pengampunan Najib
#Amanah
#DAP
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan